Thursday, February 20, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harry Kane janji gusarkan Chelsea

    LONDON, 4 Mei – Harry Kane (gambar) berkata Tottenham bercadang untuk mengusarkan Chelsea hujung minggu ini ketika pasukannya, yang memburu gelaran, mahu meletakkan tekanan ke atas pendahulu pasukan itu dengan kemenangan ke atas West Ham esok.

    Dengan Chelsea tidak beraksi sehingga pertembungan pada Selasa depan menentang Middlesbrough, pasukan kendalian Mauricio Pochettino secara sementara merapatkan jurang kepada satu mata di tangga teratas jika mereka menewaskan Hammers di Stadium London.

    Tottenham tahu mengenai kesan yang diberikan oleh jadual, selepas mereka kerap mengikuti Leicester ketika persaingan pada tahun lepas dan akhirnya tewas untuk menyerahkan gelaran kepada pasukan Foxes.

    Setakat ini, mereka berjaya menyaingi tekanan untuk beraksi dalam perlawanan mereka selepas perlawanan Chelsea, memberikan respons kepada kemenangan pendahulu dengan me-newaskan Crystal Palace dan Arsenal dalam dua perlawanan lalu mereka.

    Hujung minggu ini, Kane dan rakan sepasukannya, pemenang bagi sembilan perlawanan liga yang lalu, akan bermain terlebih dahulu dan pemain penyerang Tottenham berazam untuk memanfaatkan peluang untuk meningkatkan tekanan ke atas Blues.

    “Kami hanya perlu cuba untuk menamatkan dengan kukuh. Kami mendapatkan satu lagi perlawanan pada Jumaat malam (pagi Sabtu) dan ia adalah bagus untuk beraksi terlebih dahulu,” kata Kane.

    “Kami berharap kami boleh mengurangkan jurang kepada satu mata dan kemudian melihat apa yang akan berlaku.

    “Kami tahu bagaimana keadaan apabila Leicester beraksi pada tahun lepas sebelum kami, dan hari ini, ia adalah bagus untuk beraksi terlebih dahulu dan meletakkan tekanan.

    “Ia adalah perlawanan sukar di gelanggang luar tetapi berharap kami boleh mendapatkan kemenangan tersebut, meletakkan tekanan dan hanya menunggu dan lihat.”

    Chelsea mengekalkan penguasaan mereka dengan kemenangan 3-0 di Everton pada Ahad sebelum Tottenham menewaskan Arsenal dengan kemenangan 2-0. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda