Saturday, October 5, 2024
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harry Kane kapten England

    ENFIELD, United Kingdom, 5 Okt – Harry Kane tampak semakin hampir menjadi pengganti Wayne Rooney sebagai kapten tetap England selepas diberikan lilitan kapten bagi saingan kelayakan Piala Dunia awal pagi Jumaat ini berdepan Slovenia oleh Gareth Southgate.

    Penyerang Tottenham Hotspur berusia 24 tahun itu menjadi kapten England berdepan Scotland dan Perancis pada penghujung musim lalu dengan pemain tengah Liverpool, Jordan Henderson menggalas tugasan itu berdepan Malta dan Slovakia bulan lalu.

    “Dia menjadi kapten untuk esok, yang diketahuinya sebulan lalu. Kami sudah bercakap mengenainya,” kata Southgate dalam sidang akhbar hari ini di pusat latihan Tottenham dekat Enfield, utara London.

    “Dia seorang pemain yang memiliki kualiti kepimpinan yang amat berharga buat pasukan. Dia berada dalam keadaan yang sangat bagus selain prestasi terbaik.”

    Kane sudah menjaringkan 13 gol dalam lapan penampilan terakhir untuk kelab dan negara.

    “Ia membuatkan saya sangat gembira,” katanya.

    “Ketika kecil anda mahu bermain buat negara dan anda selalu mengimpikan untuk menjadi kapten, terutama ketika bermain di Wembley. Ia akan menjadi sesuatu yang menakjubkan buat saya secara peribadi.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda