Sunday, March 23, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harry Kane ledak hatrik lonjak Spurs

    LONDON, 15 Jan – Harry Kane menerima hadiah terbaik ketika menyambut anak pertamanya dengan meledak hatrik apabila membantu Tottenham Hotspur membelasah West Bromwich Albion 4-0, malam ini.

    Jaringan ke-15 Kane pada musim ini membantu Spurs mendaki ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 45 mata, mengatasi Liverpool dengan 44 mata tetapi The Reds kurang satu perlawanan. Kemenangan itu meneruskan rentak cemerlang skuad Mauricio Pochettino selepas menewaskan pendahulu liga, Chelsea pada 5 Januari lalu.

    Dalam perlawanan malam tadi, Kane meletakkan Spurs di depan pada minit ke-12, sebelum Gareth McAuley menjaringkan gol sendiri 14 minit kemudian.

    Penyerang antarabangsa England itu menambah dua lagi gol pada babak kedua untuk melengkapkan kemenangan bergaya Spurs. Tottenham kini merekodkan enam kemenangan berturut-turut dalam saingan liga, malah tiga gol Kane adalah hadiah terbaik buat penyerang itu yang baharu menyambut kelahiran anak pertamanya, Ivy Jane.

    Harry Kane ketika meraikan jaringkan semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Tottenham Hotspur dan West Bromwich Albion di stadium White Hart Lane di London, kelmarin. – AP
    Harry Kane ketika meraikan jaringkan semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Tottenham Hotspur dan West Bromwich Albion di stadium White Hart Lane di London, kelmarin. – AP

    Bagaimanapun, Pochettino berdepan sedikit kekecewaan di White Hart Lane selepas kehilangan tonggak pertahanan, Jan Vertonghen yang mengalami kecederaan buku lali pada pertengahan babak kedua.

    “Ia tampak menyedihkan buat Jan,” kata Pochettino kepada Sky Sports di White Hart Lane. “Kita perlu menunggu untuk menilai keadaannya esok atau Isnin. Dia sangat kecewa.”

    Keputusan kali ini adalah jauh berbeza dengan perlawanan yang sama berdepan West Bromwich pada April tahun lalu yang menyaksikan mereka sekadar seri 1-1.

    Mauricio Pochettino percaya pasukannya Tottenham Hotspur telah menunjukkan kemampuan untuk mengekalkan kejuaraan cabaran Liga Perdana Inggeris selepas mengalami kekalahan singkat musim lalu.

    Spurs mengalami kekecewaan dalam minggu-minggu terakhir musim lalu, menduduki tempat ketiga pada hari terakhir kempen.

    Tetapi Pochettino yakin pemainnya telah belajar daripada pengalaman itu dan selepas itu bergerak ke atas ke tempat kedua selepas menang besar 4-0 menewaskan West Bromwich Albion. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda