Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Harry, Meghan ziarahi Ratu Elizabeth II

    LONDON, 15 APRIL – Putera Britain Harry semalam menziarahi nendanya Ratu Elizabeth II bersama isterinya Meghan sebelum mengunjungi Belanda untuk acara Sukan Invictus, kata jurucakap untuk pasangan itu.

    The Duke dan Duchess of Sussex (gambar) sedang dalam perjalanan untuk menghadiri acara sukan yang ditubuhkan Harry untuk veteran tentera yang kurang upaya yang bakal bermula di The Hague esok.

    Jurucakap mengesahkan pasangan itu telah bertemu dengan permaisuri. Media British melaporkan pertemuan berlangsung di Istana Windsor, kira-kira 40 kilometer dari London.

    Ratu Elizabeth akan meraikan ulang tahun ke-96 dalam masa beberapa hari.

    Harry, 37, dan isteri, 40, dikritik tabloid British kerana tidak menghadiri upacara peringatan Putera Philip di Westminster Abbey pada 29 Mac.

    Harry dan isterinya meninggalkan kehidupan diraja dan berpindah ke Amerika Utara dua tahun lalu.

    Susulan keputusan mereka, kerajaan UK menarik balik perlindungan yang dibiayai pembayar cukai ke atas lawatan ke Britain, satu keputusan yang dicabar oleh Harry di mahkamah. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...