LONDON, 19 April – Pengurus veteran Inggeris Harry Redknapp (gambar) berkata beliau kembali ke arena bola sepak sebagai bos baru pasukan Kejohanan yang bergelut, Birmingham City pada Selasa kerana beliau ‘bosan’ jauh daripada sukan itu sejak beberapa ketika.
Bekas pengurus Tottenham Hotspur berusia 70 tahun itu menggantikan Gianfranco Zola dari Itali yang tidak berapa menyengat mengendalikan Birmingham sehingga pada Isnin beliau mengisytiharkan ‘dia memecat diri sendiri’.
Birmingham kini hanya tiga mata di atas zon penyingkiran dengan baki tiga perlawanan. Jawatan pengurusan terbaru Redknapp adalah membimbing Jordan. Beliau akhirnya bekerja semula bersama bola sepak Inggeris sebagai penasihat Derby County.
“Pelantikan awal saya sehingga akhir musim ini, walaupun jodoh di St Andrews boleh dilanjutkan jika saya mengekalkan status Birmingham. Saya bosan tanpa melakukan apa-apa,” kata Redknapp kepada talkSPORT Radio pada Selasa.
“Saya akan datang dan tinggal di sini sehingga akhir musim,” kata Redknapp, yang tinggal di Poole di pantai selatan England. Jika saya boleh mengekalkan mereka, kemudian kita boleh duduk dan bercakap tentang masa depan.
Ketika menjelaskan bagaimana dia mendapat tugasan Blues, Redknapp yang akan dibantu di oleh Steve Cotterill berkata, “Saya mendapat panggilan telefon (Isnin) dari orang-orang di Birmingham.
“Saya memandu ke London, mengadakan pertemuan selama 10 hingga 15 minit, duduk dan berkata, ‘Ya, saya akan melakukannya, tidak ada masalah’. Saya tiba di rumah dan isteri saya berkata: “Adakah anda gila?”
“Birmingham sepatutnya kelab yang terurus dan bagus. Mereka berada dalam kedudukan yang tidak menentu dan kami juga mempunyai perbezaan gol yang paling teruk. Saya telah pergi ke sana dan berkata saya akan berusaha. Saya tidak berminat dengan wang – AFP