Harry Styles mula konsert jelajah bulan depan

Penyanyi Harry Styles kini sedang sibuk melakukan persediaan menjelang konsert jelajah di Amerika Syarikat bermula awal September depan.

Menurut laporan CNN, Harry menyatakan beberapa syarat kepada penonton yang ingin menyaksikan persembahan pada malam itu.

Pertamanya Harry memberitahu penonton haruslah melakukan ujian saringan atau swab test 48 jam sebelum konsert dan keputusan negatif COVID-19. Bukan itu sahaja penonton yang mahu hadir juga sudah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19.

Bagaimanapun, kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dikecualikan kerana mereka masih belum layak menerima vaksin.

“Perlu diketahui, band dan kru kami mengambil langkah pencegahan untuk melindungi antara satu sama lain. Seperti biasa, kesihatan semua orang menjadi keutamaan saya.

“Panduan keselamatan disediakan di laman web masing-masing dan berharap segala perancangan ini berjalan lancar,” kata ahli kumpulan One Direction ini.

Mengikut jadual, konsert Love on Tour akan bermula di MGM Grand Garden Arena, Las Vegas pada 4 September depan. – Agensi

Harry Styles akan memulakan konsert siri jelajah di Amerika Syarikat bermula bulan depan. – Agensi