Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Harsurzana bawa pulang baucar bernilai $3,000

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 MEI – Tengku Harsurzana binti Tengku Abdullah membuat pilihan yang tepat dan muncul sebagai pemenang hadiah utama dengan membawa pulang baucar membeli-belah bernilai $3,000 dalam Promosi One-stop Shopping for Your Ramadan and Raya Needs, semasa majlis penyampaian hadiah promosi yang dihoskan oleh Bank Baiduri, berlangsung di Hua Ho, OneCity Shopping Centre, hari ini.

    Hadir untuk menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang bertuah promosi ialah Ketua Perniagaan Kad, Bank Baiduri, Davern Lim dan Pengurus Hua Ho H2, Lau Soon Lin.

    Di majlis berkenaan, hadiah utama dimenangi oleh Tengku Harsurzana dengan hadiah disampaikan oleh Lau Soon Lin. Hadiah kedua berupa baucar membeli-belah bernilai $2,000 dimenangi oleh Yii Toh Chuey dan hadiah ketiga berupa baucar membeli-belah bernilai $1,000 dimenangi oleh Susie Keasberry dengan hadiah disampaikan oleh Davern Lim.

    Selain itu, enam orang pemenang telah membawa pulang baucar membeli-belah bernilai $500 setiap seorang dengan hadiah disampaikan oleh Lau Soon Lin.

    Manakala enam lagi pemenang hadiah sagu hati membawa pulang baucar membeli-belah bernilai $300 setiap seorang dengan hadiahnya telah disampaikan oleh Davern Lim.

    Promosi yang berlangsung dari 3 April hingga 8 Mei itu, memberikan peluang kepada pelanggan-pelanggan yang berbelanja $100 dalam satu resit di cawangan Hua Ho yang mengambil bahagian dengan kad kredit dan debit Baiduri mereka, secara automatik mendapat peluang untuk memenangi hadiah baucar membeli-belah sehingga bernilai $3,000.

    Ketua Perbankan Runcit, Bank Baiduri, Lim Kian Chiong ketika mengulas mengenai promosi tersebut berkata bahawa beliau amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan perniagaan tempatan bagi menggalakkan perbelanjaan dalam negara dengan para pelanggan membuat persiapan bagi perayaan Hari Raya.

    Beliau berkata bahawa promosi seumpama itu, menyediakan para pemegang kad dengan tawaran-tawaran yang disesuaikan dengan keperluan mereka serta memberikan
    ganjaran atas sokongan berterusan mereka.

    Lau Soon Lin menyampaikan hadiah utama berupa baucar bernilai $3,000 kepada Tengku Harsurzana.
    Davern Lim dan Lau Soon Lin bergambar ramai bersama para pemenang Promosi One-stop Shopping for Your Ramadhan and Raya Needs.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...