Monday, October 7, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hart yakin City bagi ‘diskaun’

    LONDON, 13 Jun – Penjaga gol England yang di bawah tekanan, Joe Hart, percaya Manchester City tidak akan merumitkan hidupnya untuk mendapatkan kelab lain dengan meminta yuran perpindahan yang sangat tinggi.

    Pemain berusia 30 tahun itu, menjadi subjek kritikan kerana dibolosi sebanyak dua kali menerusia sepakan percuma dalam kelayakan Piala Dunia menentang Scotland yang berkesudahan 2-2, telah kembali ke City selepas menghabiskan satu musim bersama pasukan dari Itali, Torino.

    Namun, situasinya di City tidak bertambah baik apabila Claudio Bravo masih dikekalkan, sementara pengurus Pep Guardiola telah membawa masuk penjaga gol Brazil, Ederson dari Benfica dengan harga 40 juta euro, menjadikannya penjaga gol kedua termahal di dunia.

    “Saya dengan pasti mereka tidak akan cuba memberikan harga tinggi untuk saya pergi, sata fikir sudah cukup rasa hormat antara pemain dan kelab,” kata Hart, yang dijangka diketepikan bagi perlawanan persahabatan England dan Perancis di Paris. “Kami akan bekerjasama, tidak ada makna bertelagah. Tidak ada permusuhan antara dua pihak. Mereka menuju laluan mereka dan saya menuju laluan sendiri.”

    Hart, pemain yang sangat popular di City kerana telah menjadi penjaga gol terbaik mereka dalam tempoh enam tahun ini, berkata bahawa dia tidak sabar bagi langkah seterusnya, meskipun menengaskan bahawa ia perlu satu perpindahan kekal berbanding pinjaman lagi. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda