Haruman wangian purba mengembalikan kegemilangan Cyprus

KORAKOU – Sebelum Cyprus mencipta nama sebagai tempat kelahiran mitos dewi cinta, Aphrodite hampir tiga ribu tahun yang lalu, Cyprus memang sangat dikenali di sekitar Mediterranean dengan pengeluaran minyak wangi, aroma wangi yang pernah digunakan oleh ratu-ratu Mesir yang hebat pada satu ketika dahulu.

Apa yang membezakan wangian Cypriot adalah kualiti minyak zaitun yang sangat kaya di mana minyak wangi purba mengandungi bau ‘musky’ dari tumbuhan pribumi moss, citrusy bergamot dan labdanum atau rockrose. Gabungan itu dilakukan melalui proses penyulingan menggunakan pasu tanah liat bagi mengambil dimensi.

“Minyak wangi merupakan simbol kehidupan,” kata Maria Rosaria Belgiorno, seorang profesor yang sudah bersara dengan Majlis Kebangsaan bagi Penyelidikan Itali di mana dia pernah menggali tapak arkeologi di pulau Mediterranean itu pada 15 tahun yang lalu dan menemui minyak wangi tertua Zaman Gangsa.

Minyak wangi digunakan untuk menyembunyikan bau orang yang mati, kurang menyenangkan dan kerosakan. Minyak wangi, menurut Belgiorno, mempunyai hubungan rohani dengan kehidupan.

Hubungan itu merupakan tema utama taman minyak wangi baharu yang terletak di Lembah Solea yang aman dan tenang di Cyprus. Di taman ini, pengunjung boleh mencipta semula minyak wangi purba dengan cara tradisional dengan menggunakan replika penyuling tanah liat kuno yang mengeluarkan aroma dari tumbuh-tumbuhan tempatan di atas api yang menyala.

Minyak wangi, menurut Belgiorno, mempunyai hubungan rohani dengan kehidupan. – AP

Reka bentuk pemprosesan ini telah terbukti berjaya dihasilkan, masih sama dan diterapkan sehingga ke hari ini sebagaimana yang pernah dipraktikkan. – AP

Asal-usul pembuatan minyak wangi dipercayai bermula sejak 5,000 sebelum Masihi lagi di Mesopotamia Kuno. – AP
Alat suling berasal dari pelbagai kawasan yang berbeza-beza, tetapi masih memaparkan struktur yang sama. – AP

Air rempah yang mendidih akan mengeluarkan wap atau stim ke bahagian atas di mana satu saluran akan mengeluarkan cecair yang mengalir ke dalam pasu. – AP

Bukti bahan rujukan

Belgiorno berkata bahawa bukti mengenai terkenalnya wangian Cyprus didapati dalam catatan peniaga minyak wangi Cypriot yang tertera pada tablet berusia 4,000 tahun di bandar Thebes, Yunani. Catatan itu mengemukakan pra-tarikh sebelum kemunculan dewa Aphrodite, yang membawa maksud Cyprus memang terkenal dengan pengeluaran minyak wangi sebelum kelahiran dewi cinta kaum kuno.

Asal-usul pembuatan minyak wangi dipercayai bermula sejak 5,000 sebelum Masihi lagi di Mesopotamia Kuno, tempat penggalian arkeologi pada awal abad ke-20 berdekatan dengan Kota Mosul di Iraq dan sehingga kini menjadi bahan bukti akan kegiatan itu.

Dari situ, pembuatan minyak wangi berpindah ke Anatolia dan kemudian ke Mediterranean serta seterusnya ditemui di pelbagai tempat seperti Sardinia dan Slovakia. Ia adalah satu perjalanan yang panjang sebelum menjejakkan kaki ke kota cinta, Perancis.

Selama beribu-ribu tahun, Cypriots – tinggalan eselon tertinggi kepada penduduk biasa – menghasilkan dan menggunakan minyak wangi. Populariti wangian yang dibawa oleh penduduk Mesir kuno ke Templars, peniaga Venetian pada abad pertengahan dan hingga sekarang.

Pada awal beberapa abad yang lalu, Francois Coty telah mencipta minyak wangi Chypre – Perancis untuk Cyprus – di mana minyak harum itu merupakan salah satu daripada tujuh kumpulan minyak wangi utama dan satu-satunya minyak harum yang mengandungi nama tempat.

Majlis Kebangsaan Penyelidikan Itali, bersama dengan Belgiorno, telah bekerjasama dengan keluarga Lazarou, yang menjalankan perniagaan herba untuk membina taman minyak wangi yang terletak di sebidang tanah ladang sebuah keluarga berdekatan dengan Kampung Korakou.

Pelbagai bentuk replika

Taman minyak harum ini memaparkan pelbagai replika bagaimana cara pemprosesan minyak wangi yang ditemui pada awal penempatan Tepe Gawra Mesopotamia, dari era Minoan di Crete – terkenal dengan Minotour – dan sudah tentu berasal dari Cyprus. Alat suling berasal dari pelbagai kawasan yang berbeza-beza, tetapi masih memaparkan struktur yang sama.

Air rempah yang mendidih akan mengeluarkan wap atau stim ke bahagian atas di mana satu saluran akan mengeluarkan cecair yang mengalir ke dalam pasu, lazimnya saluran itu menggunakan buluh.

Reka bentuk pemprosesan ini telah terbukti berjaya dihasilkan, masih sama dan diterapkan sehingga ke hari ini sebagaimana yang pernah dipraktikkan di Tepe Gawra, kini menghasilkan air mawar di Iran, kata Belgiorno kepada media.

Walaupun taman minyak wangi ini telah dirasmikan pada akhir tahun lepas dan beberapa operasi pembinaan masih dijalankan, kehebatan taman itu terus tersebar ke seluruh negara. Sekumpulan pelajar arkeologi, Universiti Cyprus yang diketuai oleh Ketua Unit Penyelidikan Arkeologi, Vasiliki Kassianidou telah mengunjungi taman tersebut bagi mendemonstrasikan teknik penyulingan purba.

Malah beberapa buah hotel mewah yang baharu di bandar peranginan Cyprus turut menggalakkan para tetamu mereka untuk berkunjung ke taman tersebut bagi menimba pengalaman yang unik dan menarik.

“Kami mahu menunjukkan kepada generasi masa depan bagaimana nenek moyang mereka menghasilkan minyak wangi dan menggunakan herba untuk makanan serta perubatan,” kata Yiannoula Lazarou. “Ia juga berperanan sebagai hubungan rohani kepada kehidupan,” tambahnya. – AP