Harumkan nama negara

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Nov – Pelari tempatan, Muhammad Hafiz bin Haji Hamzulani baru-baru ini muncul juara pada acara Unsung Heroes Charity Run anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat, Wilayah Persekutuan Labuan yang diadakan di Labuan.

Larian yang bermula dan berakhir di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa itu mempertandingkan Kategori Larian Terbuka 6km dan Muhammad Hafiz telah berjaya menamatkan larian dalam masa 21 minit dan 46 saat.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozaiman bin Isli; Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Mohammad Hamdan bin Haji Wahid dan Komander Pangkalan Labuan Tentera Udara Diraja Malaysia, Brigadier Jeneral Datuk Sardon bin Hassan.

Muhammad Hafiz ketika menerima hadiah kemenangan selepas muncul juara dalam Kategori Larian Terbuka 6km.