Harumkan nama negara

DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam berkenan memberi kata-kata semangat kepada para atlet yang akan bersaing di Kejohanan Wusyu Remaja Asia ke-10.

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 OGOS – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam pagi tadi berkenan membuat lawatan mengejut bagi mengikuti perkembangan terkini atlet wusyu remaja Negara Brunei Darussalam, sekali gus merangsang moral para atlet yang akan bersaing di Kejohanan Wusyu Remaja Asia ke-10 yang akan berlangsung di Stadium Tertutup minggu depan. (Klik di sini untuk cerita lanjut)