WASHINGTON, 15 Sept – Seorang dekan Harvard hari ini membatalkan jemputan ke atas anggota perisikan AS yang disabitkan bersalah, Chelsea Manning untuk menjadi ‘visiting fellow’ di universiti berprestij itu selepas menerima kritikan tajam.
Manning bagaimanapun masih boleh bercakap kepada pelajar Harvard tetapi tidak dianggap sebagai visiting fellow, dekan Sekolah Harvard Kennedy berkata dalam satu kenyataan.
“Saya melihat lebih jelas sekarang bahawa orang ramai melihat gelaran Visiting Fellow sebagai satu penghormatan,” tulis Dean Douglas Elmendorf.
“Oleh itu, kami menarik balik jemputan Manning untuk berkhidmat sebagai Visiting Fellow dan penghormatan yang dirasakan menyentuh sensitiviti sesetengah orang tetapi mengekalkan jemputannya untuk menghabiskan masa satu hari di Sekolah Kennedy dan bercakap pada Forum Sekolah.”
Pengarah CIA Mike Pompeo menarik diri dari Forum Harvard dan bekas pemangku pengarah Mike Morrell pula meletak jawatan dari universiti itu pada Khamis sebagai protes ke atas pelantikan Manning itu.
Pompeo yang dijadual bercakap lewat Khamis di Sekolah Kennedy membatalkan jemputan pada saat akhir berikutan berita penglibatan Manning.
Menurut Pompeo dalam satu kenyataan, Manning dilabel sebagai ‘pengkhianat Amerika’ dan hati nurani saya tidak akan membenarkan saya untuk ‘mengkhianati kepercayaan’ kakitangan CIA dengan menunjukkan sokongan terhadap acara Harvard tersebut.