Monday, October 7, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harvey tuju Caribbean

    MEXICO CITY, 20 Ogos – Taufan Tropika Harvey melemah menjadi tekanan ketika ia bergerak melalui Lautan Caribbean pada Sabtu dalam satu laluan diramalkan yang mengatakan ia mendekati Amerika Tengah dan Semenanjung Yucatan awal minggu depan.

    Pusat Hurikan Kebangsaan AS melaporkan bahawa Harvey berpusat kira-kira 225km ke utara-barat daya Curacao dan menuju ke barat pada kelajuan 35kmsj. Taufan itu mempunyai kelajuan maksimum angin pada 55kmsj.

    Pusat itu mengatakan Harvey boleh meningkat kepada status taufan tropikanya pada Ahad atau malam Ahad. Ia mengatakan hujan lebat kemungkinan besar berlaku di Aruba, Bonaire dan Curacao. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda