Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Hasil pelancongan dijangka cecah 2.38 trilion baht

    BANGKOK, 19 JULAI – Industri pelancongan Thailand yang terjejas teruk akibat pandemik COVID dijangka menjana pendapatan bagi negara itu sehingga 2.38 trilion baht pada 2023.

    Gabenor Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT), Yuthasak Supasorn berkata dalam senario terbaik, Thailand dijangka menjana pendapatan sebanyak 1.5 trilion baht daripada pelancong antarabangsa dan 880 bilion baht daripada pelancongan domestik.

    “Kami menetapkan sasaran jumlah ketibaan pelancong yang lebih kecil tahun depan berbanding tahap sebelum COVID pada 2019. Matlamat kami adalah untuk menarik pengunjung berbelanja lebih dan tinggal lebih lama di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas persidangan Pelan Tindakan TAT 2023.

    Sebagai antara destinasi paling popular di Asia, Thailand dikunjungi oleh hampir 40 juta pelancong pada 2019. Walau bagaimanapun, industri pelancongan hampir lumpuh akibat wabak COVID yang memaksa kerajaan memperkenalkan syarat kemasukan yang ketat dan yang melibatkan kos yang mahal. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...