Thursday, September 19, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    HASiL perluas pelaksanaan e-Invois

    KOTA KINABALU, 8 OGOS – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) kini sedang berusaha memperluaskan pelaksanaan e-Invois di Sabah selaras dengan usaha berterusan untuk memperkasa agenda nasional kerajaan.

    Ketua Pegawai Eksekutif HASiL, Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin, berkata pihaknya memahami peralihan kepada sistem e-Invois merupakan cabaran besar, khususnya bagi peniaga kecil dan sederhana di Sabah.

    Justeru, katanya HASiL terus komited dan bersedia memberikan sokongan teknikal serta panduan secara langsung untuk menyelesaikan sebarang isu yang timbul semasa pelaksanaan e-Invois.

    “Saya menyeru agar semua pihak berganding bahu dengan HASiL untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam membina persekitaran ekonomi yang dinamik dan memajukan pendigitalan perniagaan,” katanya dalam kenyataan sempena Seminar e-Invois yang berlangsung, hari ini.

    Seminar terbabit menyaksikan penyertaan hampir 1,500 peserta termasuk pengamal percukaian, badan profesional, usahawan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) yang sedang dan bakal melaksanakan e-invois. – Bernama

    Datuk Dr Abu Tariq ketika sidang media khas berkenaan pelaksanaan e-invois, di Menara Hasil pada 26 Julai. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda