Hasilkan sendiri teh Thai klasik

Teh Thai atau sering disebut Thai Tea (Cha Yen) merupakan minuman asasi yang boleh didapati di mana-mana kedai makan jalanan mahupun restoran besar di Thailand.

Cara pembuatan teh tersebut serupa dengan teh tarik namun perbezaannya hanya dari segi bahannya dan rasanya yang menggunakan campuran teh hitam Thailand dan bunga lawang.

Keenakan rasa pekat manis teh Thai ini cukup ‘terkenal’ dan ia juga termasuk dalam senarai menu-menu restoran luar negara termasuk di negara ini yang menampilkan variasi teh thai.

Dari segi harganya pula, ia memang agak mahal sedikit, akan tetapi, anda boleh membuatnya sendiri dengan harga yang lebih terjangkau malah anda boleh mempelbagaikannya dengan menambah elemen susu dan air lemon atau kopi sebagai bahan asasnya.

Dikongsikan di sini resipi cara-cara membuat teh Thai ini.

Bahan-bahannya:

2 sudu teh hitam Thailand

1 biji bunga lawang

2 biji buah pelaga

200ml air mendidih

50ml susu cair

3 sudu makan susu manis

1 sudu makan gula pasir

Cara menyediakannya:

Setelah air dididihkan, masukkan teh bersama bunga lawang, buah pelaga dan gula sehingga kental. Selepas itu, sediakan cawan untuk sajian dan masukkan air teh yang sudah ditapis bersama bahan-bahan di dalamnya tadi.

Kemudian tambahkan atasnya susu cair dan susu pekat manis.

Jika suka sejuk tambahkan ais batu dan gaul rata ketika hendak meminumnya.

Teh Thai yang juga menjadi hidangan terkenal di negara ini. – Agensi