Hasrat layak ke UCL tidak kesampaian

MADRID, 14 JULAI – Harapan Villarreal untuk layak ke Liga Juara-Juara (UCL) berakhir selepas mereka tewas 1-2 ke atas Real Sociedad kelmarin dan mengesahkan Atletico Madrid dan Sevilla akan melengkapi kelompok empat teratas La Liga.

Selepas aksi cemerlang sebaik sahaja liga disambung semula telah memberikan harapan kepada pasukan yang menduduki tangga kelima, Villarreal untuk mencabar kelayakkan Liga Jura-Juara tetapi mereka tidak berjaya merapatkan jurang mata dan kini mereka akan menumpukan perhatian untuk melayakkan diri ke kejohanan Liga Eropah.

Real Sociedad yang menduduki tangga keempat apabila La Liga disambung semula tetapi persembahan aksi pasukan mereka merudum. Kemenangan kelmarin merupakan kemenangan kedua mereka dalam sembilan perlawanan tetapi sekurang-kurangnya berjaya meletakkan mereka di kedudukan ketujuh teratas.

Atletico dan Seville kedua-duanya mempunyai kelebihan sembilan mata ke atas Seville dengan berbaki dua perlawanan. Mereka akan menyertai Barcelona dan Real Madrid sebagai wakil kelab dari Sepanyol untuk berentap dalam Liga Juara-Juara musim hadapan. – AFP

Aksi pemain Real Sociedad, Mikel Oryazabal merebut bola dari pemain Villareal, Santi Cazorla. – AFP