Hasrat terbang ke AS

SEPANG, 15 NOV – Penurunan penarafan keselamatan udara Malaysia kepada Kategori 2 oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat (AS) tidak menghalang Kumpulan AirAsia daripada meluaskan operasinya ke negara tersebut.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Group Bhd Tan Sri Tony Fernandes berkata syarikat penerbangan itu yang secara konsisten dipilih sebagai Syarikat Penerbangan Kos Rendah Terbaik Dunia tahun demi tahun, mempunyai banyak cara untuk mengembangkan operasinya ke pasaran lebih besar tanpa Malaysia menjadi negara pangkalan. – Bernama