Hasrat terpendam bertemu rakan lama terlaksana

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OGOS – Hasrat seorang bekas perajurit, Kapten (B) Haji Adam bin Haji Mohd Jais bertemu dengan rakan-rakan lama, akhirnya tercapai apabila Majlis Kenangan Abadi Bersama Perajurit Askar Melayu Brunei (Pengambilan 4 Melaya) Tahun 1962 diadakan baru-baru ini di sebuah hotel di Jerudong.

Kapten (B) Haji Adam dibantu oleh keluarga, berjaya mencari dan mengumpulkan semula beberapa orang rakan melalui media sosial Facebook dan WhatsApp.

Kegembiraan dan keterujaan jelas terpancar daripada wajah-wajah rakan yang dirindunya dan menyatukan mereka semula sebagai rakan seperjuangan semasa belajar di Port Dickson pada majlis itu.

Mereka merupakan sebahagian rekrut Askar Melayu Brunei, sebelum ia ditukarkan kepada Askar Melayu Diraja Brunei pada 31 Mei 1965 dan pernah dikenang jasa mereka selepas kemerdekaan pada 1 Januari 1984, sebagai perwira negara.

Gambar ramai bekas perajurit yang hadir pada majlis pertemuan berkenaan.
Bekas perajurit mengambil kesempatan berkongsi cerita pada majlis berkenaan.