Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Hasrat Yew Sin-Ee Yi ke final tidak kesampaian

    KUALA LUMPUR, 26 MAC – Hasrat beregu lelaki Malaysia, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi melangkah ke pentas final Terbuka Switzerland 2023 di Basel tidak kesampaian selepas tewas kepada pasangan Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India pada aksi separuh akhir malam ini.

    Dalam kejohanan yang berlangsung di Basel itu menyaksikan beregu kelapan dunia Yew Sin-Ee Yi terpaksa akur apabila ditundukkan 21-19, 17-21, 21-17 dalam perlawanan selama 69 minit.

    Satwiksairaj-Chirag, yang juga pasangan keenam dunia, akan melakukan perhitungan bersama gandingan China, Ren Xiang Yu-Tan Qiang di pentas final esok.

    Terdahulu, Ren Xiang-Qiang menunjukkan jalan keluar kepada gandingan England Ben Lane-Sean Vendy 21-10 dan 21-17 pada pusingan separuh akhir malam ini.

    Selain Yew Sin-Ee Yi, dua lagi wakil negara iaitu pemain profesional perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dan beregu campuran profesional Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai yang mara ke aksi separuh akhir akan bertemu lawan masing-masing pada perlawanan lewat pagi nanti waktu Malaysia. – Bernama

    Yew Sin-Ee Yi terpaksa akur dengan kekalahan setelah tewas kepada pasangan Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...