Hataboer julang Atalanta, benam Valencia

MILAN, 20 FEB – Hans Hataboer berjaya menjaringkan dua gol untuk membantu Atalanta membenam Valencia, 4-1 di pusingan pertama Liga Juara-Juara kelompok 16, dan berjaya meletakkan pasukan dari Itali tersebut selangkah ke hadapan mara ke pusingan suku akhir dalam penyertaan pertama mereka di kejohanan tersebut.

“Ia adalah keputusan yang hebat, kami melakukan dengan baik. Sebenarnya kedua-dua pasukan mampu untuk menjaringkan lebih banyak gol,” kata jurulatih Atalanta, Gian Piero Gasperini. “Kelebihan tiga gol adalah sesuatu yang bagus tetapi kami harus fokus dengan peluang gol mereka yang sepatutnya mesti kami elakkan.”

Atalanta layak ke kejohanan tersebut buat kali pertama setelah berjaya menduduki tempat ke-3 liga Serie A musim lepas. Mereka berjaya mara ke peringkat kalah mati walaupun tewas di tiga perlawanan pertama mereka di kejohanan tersebut.

“Ia tidak mencerminkan persembahan kami di padang,” menurut Celades, pengurus Valencia. “Saya rasa kami ada peluang untuk melawan balik.” Valencia hanya tewas dua kali di laman sendiri musim ini di semua kejohanan dan hanya tewas ke atas Lille 4-1 di Mestalla di kejohanan Liga Juara-Juara peringkat kumpulan.

“Bila kami bermain di tempat sendiri, kami umpama singa dan kami akan menentang mereka,” menurut pemain sayap Valencia, Cheryshev. “Kami pemain bola hidup untuk perlawanan seperti ini. Kami mesti ada kepercayaan, percaya dengan diri sendiri.” – AP

Aksi Hans Hataboer ketika menjaringkan gol pembukaan di Stadium San Siro, Milan, menentang Valencia, Rabu lalu. – AP