WASHINGTON, 25 Jun – Pemain remaja Jepun, Nasa Hataoka memenangi gelaran LPGA yang pertamanya dengan bergaya, mencatatkan lapan bawah par 63 semalam untuk memenangi Kejohanan Northwest Arkansas dengan enam strok.
Pemain itu, 19, menjadi pemain Jepun yang ke-14 untuk memenangi gelaran LPGA dengan menamatkan 54 lubang di Pinnacle Country Club di Rogers, Arkansas, dengan 21 bawah par 192, pukulan paling rendah dalam sejarah pertandingan itu.
“Saya menumpukan ke atas permainan saya bagi 18 keseluruhannya hari ini. Saya merasa gembira untuk menang,” kata Hataoka menerusi seorang penterjemah. ‘Memenangi pertandingan ini adalah yang besar bagi saya.”
Hataoka, dalam kempen LPGA keduanya, berkongsi kedudukan kedua pada bulan lalu di Kingsmill dalam persaingan terbaiknya tetapi hanya mencatatkan satu bogey dalam masa tiga hari.
Austin Ernst dari AS, berada di tangga kedua dengan 198 dengan kedudukan ketiga mencatatkan 200 termasuk Minjee Lee dari Australia, Sandra Gal dari Jerman dan Ryann O’Toole, Ally McDonal, Brittany Altomare dan Lexi Thompson dari AS, yang boleh menjadi pemain nombor satu dengan satu kemenangan.
“Saya beraksi bersama Lexi dan semua nama-nama yang besar dan beraksi dengan mereka adalah besar bagi saya,” kata Hataoke yang disamping Thompson dalam kumpulan terakhir.
Lee dan Hataoka berkongsi pendahuluan 36 lubang dengan 129, tetapi bintang dari Jepun melonjak pantas dengan birdie di par-3 lubang ketiga, par-5 lubang kelima, par-5 lubang ketujuh dan par-4 di lubang ke sembilan untuk memastikannya di depan.
Hataoka menambah birdie pada par-4 lubang ke 12, par-3 lubang ke 15 dan 17 dan lubang ke 18 dia memastikan pendekatannya hanya beberapa inci dari lubang dan memasukan bola bagi birdie terakhir untuk menamatkan rekod itu.
Pertandingan itu adalah persediaan terakhir bagi pertandingan utama wanita ketiga tahun ini, Kejohanan PGA Wanita. – AFP