Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Hataoka ungguli LPGA LA

    LOS ANGELES, 24 APRIL – Nasa Hataoka dari Jepun membenam empat-bawah par 67 dan muncul mendahului pusingan ketiga kejohanan Terbuka LPGA LA kelmarin selepas pemain ran-king teratas Ko Jin-young kecundang dalam perlawanan tersebut.

    Kedua-duanya terikat seri untuk mendahului selepas 15 lubang di Wilshire Country Club.

    Hataoka melakukan pukulan birdie di lubang ke-16 ketika rakan Ko mencatat bogey dan sebarang peluang bagi Ko untuk memberikan tekanan di dua lubang terakhir lenyap dengan empat bogey lapan yang teruk di par-empat lubang ke-17.

    Dia menggugurkan lima pukulan dalam jarak dua lubang sebelum birdie penamat melihatnya mencatat satu-lebih par 72 yang membolehkannya terikat di tempat ketiga dengan rakan senegara, Park In-bee dan Kang Hae-ji, dengan ketinggalan lima pukulan.

    Hannah Green dari Australia berada di tempat kedua, empat pukulan di belakang Hataoka.

    Aksi Nasa Hataoka melakukan pukulan di lubang kelima semasa pusingan ketiga Terbuka LPGA LA di Wishire Country Club, kelmarin. – AFP

    Hataoka, yang mengejar gelaran LPGA keenam, berkata ‘sesuatu terklik’ semasa perlawanannya pada Jumaat lalu dan berterusan hingga kelmarin apabila dia mencatat lima birdie dan satu bogey.

    “Berbanding semalam, hari ini tidak begitu teruk,” kata Hataoka mengenai tiupan angin di padang golf California kelmarin. “Saya rasa seperti angin semalam adalah lebih sukar untuk diramal.”

    Pada akhirnya keadaan tidak banyak membantu Ko selepas apa yang dianggapnya sebagai kesilapan besar yang dilakukannya di lubang ke-17.

    Green, yang juga bermain dalam kumpulan terakhir, mempunyai tiga birdie dan satu bogey dalam keputusan par 69.

    “Saya rasa seperti saya tidak bermain pada prestasi yang terbaik,” kata pemain Australia tersebut. “Saya berharap saya boleh melakukan segala-galanya dengan lancar esok dan berusaha memberikan tekanan seberapa banyak mungkin kepada Nasa,” tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...