Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Hati Aina Abdul cepat ‘koyak’?

    Di sebalik senyum manis terukir di wajah, penyanyi bersuara lunak, Aina Abdul, 29, bukanlah insan kebal yang tidak pernah terguris dengan kecaman warganet.

    Mungkin pemilik nama Nurul Aina Abdul Ghani ini tidak mempunyai kontroversi berkaitan cinta untuk dijaja, namun, sebut sahaja nama ‘Aina Abdul’ pasti fesyen pelik dan unik membuatkan khalayak bungkam mengingatinya.

    Nyata, eksperimen ‘berani mati’ Aina dalam berfesyen hingga digelar plastik sampah bergerak, pokok, selimut ‘toto’, bulu ayam, rahib dan macam-macam lagi.

    Walaupun pernah cuba mengabaikan setiap penghinaan dilemparkan, namun, penyanyi yang mula mencipta populariti menerusi lagu Sumpah dan Semalam itu tetap ‘koyak’.

    Sungguhpun begitu, Aina enggan larut dengan kecaman mengguriskan hati. Malah, dengan tahap kesabaran yang tinggi, penyanyi kelahiran Johor Bahru yang dibesarkan di Seremban, Negeri Sembilan itu bijak mengatur langkah hingga namanya disebut antara penyanyi wanita terbaik, hari ini.

    Aina berkata semangat arwah bapanya yang bersusah payah mencari rezeki dalam serba kekurangan menjadi penyuntik semangat setiap kali ingin rebah. – Agensi

    Bukan itu sahaja, bekas graduan Sarjana Muda Muzik Kontemporari, Universiti UCSI, Kuala Lumpur itu juga dikatakan ‘The Next Diva In The Making’.

    Aina berkata, semangat arwah bapa yang bersusah payah mencari rezeki dalam serba kekurangan lantaran tidak mempunyai kaki akibat penyakit kronik menjadi penyuntik semangat setiap kali ingin rebah.

    “Segala kecaman dan hinaan diterima tidak sesekali mematahkan semangat untuk terus melangkah.

    “Jika diikutkan, keadaan dan mental dahulu lebih teruk berbanding sekarang,“ tambahnya lagi.

    Anak bongsu daripada lima adik beradik itu berkata, dia akan sentiasa ingat kepada orang tua, terutama arwah bapa yang berjaya menguruskan keluarga dalam keadaan serba kekurangan. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...