Hati-hati ketika gunakan jambatan

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OGOS – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan sekali lagi menasihatkan para pengguna Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien untuk mengambil langkah-langkah berwaspada dan lebih berhati-hati semasa menggunakan jambatan berkenaan, terutama sekali dalam keadaan hujan lebat dan angin kencang.

JKR dalam kenyataannya juga menasihatkan para pengguna jambatan untuk menyalakan lampu kenderaan dan memandu dengan tidak melebihi had laju maksima ketika waktu hujan iaitu 70km/j sebagai langkah berwaspada bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Sebarang pertanyaan serta aduan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak jabatan ini melalui Talian Darussalam 123, livechat 8333123, Facebook Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan e-mel [email protected]