Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Hati-hati serangan dolfin

    TOKYO, 27 JULAI – Orang ramai yang ingin berkunjung ke pantai di wilayah Fukui, Jepun, diberi amaran agar menjauhi dolfin yang didakwa menggigit pengunjung yang sedang mandi, dan pegawai menggesa agar pelawat untuk ‘melihat dari jauh’.

    Penjaga pantai di wilayah tengah Jepun hari ini memasang peranti yang memancarkan frekuensi ultrasonik bagi menghalau dolfin berkenaan, menurut kenyataan dikeluarkan oleh bandar itu.

    Papan tanda telah didirikan dan memberi amaran kepada peminat-peminat dolfin agar tidak menyentuh haiwan berkenaan.

    Media tempatan berkata sekurang-kurangnya 10 kejadian melibatkan diserang oleh dolfin telah dilaporkan oleh penjaga pantai sejak ia dibuka secara rasmi pada 9 Julai lalu.

    Pegawai tempatan memberitahu AFP bahawa jabatan bomba Fukui telah menerima panggilan berkaitan dengan dua kejadian, yang melibatkan dua orang lelaki lingkungan 40an yang berenang berhampiran pantai berdekatan.

    Walau bagaimanapun, kecederaan yang dilaporkan setakat ini adalah ringan, tetapi pihak berkuasa tempatan memberi amaran ‘potensi kecederaan teruk’.

    “Dolfin sering dianggap sebagai haiwan comel, tetapi jika awda menghampiri dolfin liar tanpa berhati-hati, awda mungkin digigit dan mengalami kecederaan,” tulis polis Fukui melalui Twitter pada Isnin.

    “Jika awda ternampak haiwan tersebut, digesa agar tidak menghampirinya,” tambah kenyataan polis, memetik kes seorang lelaki yang digigit pada tangan Ahad lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...