Friday, December 9, 2022
22.3 C
Brunei

-

Hati wanita berusia 100 tahun berjaya dipindahkan

ROM, 13 NOV – Hati daripada seorang wanita berusia 100 tahun berjaya dipindahkan kepada pesakit lain di Itali, kali pertama prosedur seumpama itu dilakukan ke atas penderma yang berusia lanjut, kata Kementerian Kesihatan negara itu pada Jumaat, lapor Xinhua.

Prosedur itu dijalankan di Hospital San Giovanni di Dio, Florence minggu lepas dan hanya diumumkan pada Jumaat.

Penderma itu yang meninggal dunia sejurus sebelum prosedur dijalankan, hanya kurang dua bulan daripada hari lahirnya yang ke-101. Hatinya diberikan kepada seseorang dalam senarai menunggu di Hospital Universiti Pisa.

Keseluruhan prosedur yang bermula dengan kematian penderma sehingga berakhir pembedahan ke atas pesakit, mengambil masa kurang daripada 24 jam, kata pegawai.

Sebelum ini, rekod penderma organ tertua membabitkan lima kes berbeza, berusia 97 tahun termasuk rekod sebelumnya 97 tahun 7 bulan yang dijalankan di Itali tahun lalu. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Australia, mangsa terselamat berang pembebasan Patek

SYDNEY, 8 DIS – Mangsa-mangsa letupan bom Bali 2002 berang hari ini selepas seorang daripada pembuat bom dibebaskan dari penjara Indonesia, hanya selepas menjalani...

Gadai diri kerana Ludo

- Advertisment -