Sunday, December 15, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hatrik Ali Olwan ‘ratah’ Harimau Malaya

    KUALA LUMPUR, 7 OKT – Tindakan gopoh barisan pertahanan skuad bola sepak Malaysia mengundang padah apabila tewas 4-0 kepada Jordan dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Amman, Jordan semalam.

    Penyerang kelab Al-Jazeera Ali Olwan menjadi duri dalam daging buat skuad Harimau Malaya apabila meledak hatrik untuk membantu pasukan di ranking ke-93 dunia itu melebar rekod tanpa kalah pada lima perlawanan selepas seri tanpa jaringan dalam perlawanan pertama berdepan Malaysia pada 1988.

    Skuad bimbingan Tan Cheng Hoe beraksi dengan baik pada 30 minit pertama perlawanan apabila berjaya mematahkan serangan tuan rumah yang dilihat lebih menguasai perlawanan.

    Namun, situasi kucar kacir skuad negara mengundang padah apabila gawang Mohd Khairulazhan Mohd Khalid dibolosi pada minit ke-34 hasil tolakan mudah Ali yang menerima hantaran cantik Ehsan Hadad dari sebelah kanan padang.

    Masalah komunikasi berlaku antara kapten Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak dan Mohd Khairulazhan yang gagal membaca bola hasil tandukan dari tengah padang oleh pemain Jordan mengakibatkan bola singgah di kaki Odai Al-Saify, yang dengan tenang menguis masuk gol kedua tuan rumah pada minit ke-42. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda