MADRID, 19 April – Cristiano Ronaldo telah menjaringkan hatrik kontroversi untuk menjadi pemain pertama untuk mencapai rekod 100 gol Liga Juara-Juara apabila Real Madrid mengatasi Bayern Munich, yang bermain 10 orang, 4-2 selepas masa tambahan dalam suku akhir kedua yang mendebarkan awal pagi tadi.
Juara bertahan itu mara dengan kelebihan agregat 6-3 di Santiagi Bernabeu bagi menempah tempat dalam undian separuh akhir bagi tujuh tahun berturut-turut.
Tetapi Real menerima cabaran sengit daripada Bayern, yang bangkit daripada defisit 2-1 dalam perlawanan pertama untuk membawa perlawanan kedua itu ke masa tambahan, terima kasih kepada penalti Robert Lewandowski dan jaringan sendiri Sergio Ramos.
Namun, selepas Arturo Vidal diarahkan keluar padang, Ronaldo mencapai angka 100 dalam kejohanan kelab utama Eropah pada minit ke 104 dan melengkapkan hatriknya lima minit kemudian.
Namun Bayern berang kerana jaringan kedua dan ketiga Ronaldo ternyata dalam kedudukan ofsaid.

“Untuk menjaringkan enam gol ke atas pasukan seperti Bayern Munich bukan sesuatu yang mudah jadi kami layak mara,” kata bintang Portugal itu.
“Real Madrid adalah Real Madrid, kami sudah biasa dengan kesakitan dan kami gembira untuk berada dalam separuh akhir sekali lagi.”
Marco Asensio mempamerkan penamat selayaknya kelas dunia dalam suku akhir itu dengan jaringan solo bagi memalit garam ke luka Bayern.
“Kad merah bagi Arturo tidak sepatut dilayangkan dan kemudian dua jaringan Cristiano adalah ofsaid, jelasnya kami tidak gembira,” kata jurulatih Bayern, Carlo Ancelotti.
“Dalam suku akhir anda perlu menggunakan khidmat pengadil yang bagus, atau sudah tiba saatnya untuk memperkenalkan video pengadil, yang cuba diperkenalkan oleh UEFA kerana terlalu banyak kesilapan.”
Juara Jerman itu telah ditewaskan dalam empat kunjungan mereka ke Sepanyol tanpa menjaringkan sebarang gol. – AFP