Hatrik haaland Julang Dortmund

BERLIN, 19 JAN – Bintang muda dari Norway, Erling Braut Haaland keluar dari bangku simpanan dan mencipta nama setelah berjaya menjaringkan hatrik hanya dalam masa 20 minit sekali gus memberi kemenangan 5-3 buat kelab baharunya, Borussia Dortmund ketika menentang Augsburg di perlawanan Bundesliga semalam.

Haaland yang baru berusia 19 tahun membuktikan dirinya kepada Dortmund setelah perpindahan dari kelabnya sebelum ini, Salzburg yang bernilai 20 juta euro (AS$22 juta) pada bulan lalu, keluar dari bangku simpanan pada minit 56 apabila pasukan baharunya ketinggalan jaringan 3-1.

Sebelum ini Haaland berjaya mencipta jaringan sebanyak 28 gol daripada hanya 20 perlawanan di Salzburg pada musim ini, di mana Haaland hanya memerlukan tiga minit sahaja untuk mencipta jaringan buat kelab baharunya dan menambah dua lagi jaringan dengan cepat.

Dortmund menghasilkan dua jaringan dalam beberapa minit sebelum pemain sayap England Jadon Sancho berjaya menjaringkan gol penyamaan. Berbaki 18 minit perlawanan, Haaland memberikan Dortmund mendahului perlawanan dengan jaringannya dan berjaya mencipta hatrik menerusi hantaran kemas dari ketua pasukannya Marco Reus dengan sepakan tajam Haaland menjaringkan gol kemenangan di halaman sendiri.

Haaland telah mengubah perlawanan sebaik saja beliau masuk ke padang. Augsburg mengawal perlawanan dengan baik, mendahului perlawanan disebabkan kecuaian pemain pertahanan Dortmund yang sering ditembusi dengan mudah oleh pemain penyerang Augsburg. Augsburg berjaya menghasilkan jaringan pembuka melalui Florian Niederlecher sebelum jaringan cantik dari jarak jauh oleh Marco Ricter 20 saat sebelum tamat babak pertama perlawanan.

Pada babak kedua perlawanan, Dortmund cuba bangkit kembali apabila penyerang dari Jerman Julian Brandt membuat jaringan pertamanya untuk kelab di minit 49 dan Dortmund hampir-hampir menerima kekalahan di halaman sendiri sejurus saja pihak lawan sekali lagi mendahului perlawanan apabila Niederlecher merembat jaringkan gol.

Lucien Favre, jurulatih pasukan Dortmund memberi impak dalam perlawanan tersebut setelah membawa masuk Haaland mengantikan pemain pertahanannya Lukasz Piszczek. Kemenangan Dortmund mengekalkan mereka di kedudukan tempat ke-4 liga, satu mata dibelakang juara bertahan Bayern Munich dan ketinggalan empat mata di belakang pendahulu liga RB Leipzig. – AFP

Aksi penyerang Dortmund Erling Braut Haaland ketika mengawal bola semasa perlawanan menentang Augsburg pada 18 Januari. – AFP