Thursday, October 10, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hatrik Hamsik, Mertens julang Napoli

    ROME, 5 Feb – Pemain antarabangsa Slovakia, Marek Hamsik dan bintang dari Belgium, Dries Martens kedua-duanya menjaringkan hatrik ketika Napoli menewaskan Bologna 7-1 semalam untuk mengungguli tangga kedua dalam Serie A dan tiga mata di belakang pendahulu, Juventus.

    Napoli sekarang menjaringkan 55 gol dalam 23 perlawanan liga musim ini walaupun pasukan kendalian Maurizio Sarri masih lagi pasukan luar untuk menyaingi Juventus bagi merebut gelaran dengan juara bertahan itu memiliki baki dua perlawanan di tangan.

    Jaringan Hamsik melibatkan tandukan cantik dan rembatan jarak jauh ketika dia menjadikan golnya bersama Napoli kepada 108 gol, mengatasi Attila Sallustro, bintang tahun 1930-an.

    Hanya Diego Maradona menjaringkan lebih banyak gol bagi Napoli berbanding Hamsik.

    Hamsik percaya kemenangan itu adalah peningkatan besar bagi pasukannya yang menghadapi Real Madrid dalam Liga Juara-Juara lewat bulan ini.

    Penyerang Napoli, Dries Mertens (tengah) membuat percubaan ke arah gawang dalam aksi Serie A antara Bologna dan Napoli. – AFP
    Penyerang Napoli, Dries Mertens (tengah) membuat percubaan ke arah gawang dalam aksi Serie A antara Bologna dan Napoli. – AFP

    “Real Madrid akan memikirkan kami adalah pasukan yang kuat dan jika kami beraksi seperti ini, kami boleh bersaing dengan mana-mana pasukan,” katanya.

    “Kami semua pemain yang fokus ke atas pergerakan dan ia boleh menjejaskan pertahanan pasukan lawan.”

    Mertens sementara itu mengumpulkan jumlah jaringannya musim ini kepada 16 gol dengan 12 dari jaringan tersebut dihasilkan dalam lapan perlawanan lalu. Dia menjaringkan tiga hatrik musim ini.

    Jaringan lain Napoli semalam hadir dari Lorenzo Insigne yang menemui sasarannya menerusi sepakan penalti. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda