Hatrik Jesus julang City

ZAGREB, CROATIA, 12 DIS – Gabriel Jesus menjaringkan hatrik dalam tempoh 20 minit ketika Manchester City bangkit meraih kemenangan 4-1 di Dinamo Zagreb sekali gus menutup peluang pasukan Croatia untuk mara ke peringkat kalah mati, kelmarin.

Dengan kekalahan Shakhtar Donetsk 3-0 kepada Atalanta dalam perlawanan lain yang berlangsung serentak, Dinamo boleh menyelamatkan kedudukan di tempat kedua di belakang City dengan meraih kemenangan di Stadium Maksimir.

Dinamo memimpin perlawanan di minit ke-10 menentang juara liga perdana Inggeris yang telah layak ke pusingan seterusnya ketika Dani Olmo, pemain yang dikaitkan akan melakukan perpindahan ke City, menerima hantaran lintang daripada sebalah kanan dan menjaringkan gol.

Jesus sekali lagi menggantikan Segio Aguero yang mengalami kecederaan, menge-tuai perjuangan City dengan menanduk masuk hantaran Riyad Mahrez di minit ke-34 untuk menyamakan kedudukan. Pemain-pemain Dinamo membuat bantahan kepada pengadil dan pemain-pemain City bahawa bola sepatutnya ditendang keluar ketika Petar Stojanovic berada di atas padang kerana mendakwa mengalami kecederaan.

Lima minit separuh masa kedua baru bermula, Jesus melakukan hantaran satu dua dengan Phil Foden sebelum mencelah masuk ke dalam kawasan dan melakukan rembatan dengan kaki kanan di sudut gawang.

Penyerang Brazil itu menyempurnakan tendangannya pada minti ke-54 dengan melakukan tendangan daripada hantaran lintang di sebelah kiri daripada Benjamin Mendy, yang selalu memberi ancaman di bahagian belakang sebalah kiri.

Jesus juga mencatatkan hatrik dalam Liga Juara-Juara musim lepas di tempat sendiri dan sekarang telah menjaringkan lima gol dalam tiga perlawanan sejak Aguero mengalami kecederaan.

Gol keempat City dijaringkan oleh pemain muda berusia 19 tahun, Foden dengan melakukan gerakkan yang dibentuk pasukan dengan rembatan jarak dekat yang mengagumkan yang menggantikan David Silva yang direhatkan. – AP

Gabriel Jesus (dua kiri) menjaringkan gol pembukaan buat Manchester City semasa perlawanan Kumpulan C Liga Juara-Juara di antara Dinamo Zagreb dan Manchester City di Stadium Maksimir, Zagreb, Croatia. – AP