Tuesday, April 29, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hatrik King akhiri kemarau Bournemouth

    BOURNEMOUTH, 12 Mac – Joshua King mencipta hatrik ketika Bournemouth bangkit daripada terlepas dua penalti bagi meraih kemenangan dramatik 3-2 ke atas West Ham semalam.

    Pasukan Eddie Howe telah mengakhiri sembilan perlawanan tanpa kemenangan dalam semua persaingan apabila mendapat tiga mata dalam kemenangan pertama dalam 2017.

    King melengkapkan gol kemenangan dan juga hatriknya di minit ke-90 di Dean Court selepas menjaringkan dua gol sebelumnya pada minit ke 31 dan 48.

    Pemain antarabangsa Norway, yang menjaringkan lapan gol dalam tujuh perlawanan terakhir, bagaimanapun terlepas satu penalti selepas lapan minit, manakala Benik Afobe juga gagal menyudahkan penalti kedua bagi pasukan tuan rumah di separuh masa pertama.

    Joshua King (kanan) ketika menjaringkan gol kedua pasukannya dalam aksi Liga Perdana menentang West Ham United. - AP
    Joshua King (kanan) ketika menjaringkan gol kedua pasukannya dalam aksi Liga Perdana menentang West Ham United. – AP

    Pemain pertahanan Bournemouth, Tyrone Ming menyaksikan dari tempat duduk penonton kerana digantung lima perlawanan kerana memijak Zlatan Ibrahimovic.

    King telah menjaringkan penalti dalam pertembungan minggu lepas di Manchester United, tetapi penalti penyerang itu kali ini tersasar.

    Kemenangan itu telah melonjakkan Bournemouth enam mata di atas zon penyingkiran, dengan West Ham terlepas peluang untuk naik melepasi kedudukan separuh teratas liga. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda