Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Hatrik lewandowski bawa Bayern ke suku akhir

    MUNICH, JERMAN, 9 MAC – Robert Lewandowski meledak hatrik dalam tempoh 11 minit untuk membawa Bayern Munich ke suku akhir Liga Juara-Juara menerusi kemenangan 7-1 di laman sendiri berdepan Red Bull Salzburg kelmarin.

    Penyerang Poland itu meledak tiga gol selepas minit ke-23 – terpantas dalam mana-mana aksi Liga Juara-Juara – ketika Bayern membuang rasa gementar awal mereka sebelum membelasah Salzburg.

    “Inilah apa yang kami boleh lakukan, dan ia memberikan kami harapan bahawa akan ada seperti ini lagi selepas ini,” kata kapten Bayern, Manuel Neuer kepada Amazon Prime selepas pasukannya mara ke kelompok lapan terakhir dengan rekod 20 kali.

    Juara Austria, Salzburg memaksa Bayern seri 1-1 pada perlawanan pertama tetapi harapan mereka untuk mencipta kejutan di Munich tidak kesampaian apabila Lewandowski meledak satu gol dan dua penalti buat Bayern.

    Dalam masa hanya 10 minit 27 saat antara gol pertama Lewandowski dan yang ketiga, ia adalah hatrik terpantas daripada enam hatrik dilakukan penyerang Poland itu dalam Liga Juara-Juara.

    “Kami tahu kami perlu menyerang awal dan membawa Lewy ke dalam perlawanan, kerana dia sukar dihalang,” kata Thomas Mueller.

    “Kami semua sedar betapa pentingnya perlawanan hari ini. Jika kami disingkirkan, ia akan menjadi sesuatu yang menyedihkan untuk tiga bulan akan datang,” katanya. Bayern memulakan perlawanan dengan formasi serangan 3-5-2, tetapi mereka tampak gementar di bahagian pertahanan dan ada peluang pada minit-minit awal permainan. – AFP

    Aksi Robert Lewandowski menjaring dari petak penalti semasa perlawanan di antara FC Bayern Munich dan RB Salzburg di Munich pada 8 Mac 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...