Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Hatrik Mbappe bantu PSG mara

    VANNES, PERANCIS, 4 JAN – Kylian Mbappe menjaringkan hatrik ketika Paris Saint-Germain (PSG) mengatasi krisis COVID-19 dan gangguan berkaitan dron untuk mara ke pusingan 16 terakhir Piala Perancis dengan mencatat kemenangan 4-0 ke atas pasukan divisyen empat, Vannes.

    Walaupun dengan ketiadaan lima permain PSG termasuk pemain bintang, Lionel Messi dan Danilo selepas diuji positif COVID-19, pasukan Mauricio Pochettino tidak pernah bimbang dengan pemain kerdil di wilayah Brittany.

    Pemain pertahanan, Presnel Kimpembe, yang memakai lilitan kapten, menanduk masuk bola ke dalam gawang pada minit ke-28, selepas perlawanan terganggu selama seminit apabila sebuah dron terbang di atas Stadium Rabine di barat Perancis.

    Kimpembe kemudian membantu Mbappe untuk gol kedua sebelum sejam dengan penyerang Perancis itu melengkapkan hatrik dalam tempoh 18 minit.

    Mbappe menambah gol kedua selepas 71 minit dengan permainan yang baik daripada Marco Verrati dan Xavi Simons menambah gol ketiga enam minit kemudian untuk gol ke-150 semasa menyarung jersi PSG.

    Aksi penyerang Perancis, Kylian Mbappe berlari dengan bola semassa perlawanan bola sepak pusingan 16 Piala Perancis antara Vannes OC dan Paris Saint-Germain (PSG) di Stadium La Rabine di Vannes, barat Perancis pada 3 Januari. – AFP

    “Saya sangat gembira untuk bermain,” kata Mbappe.

    “Ia bukanlah perlawanan yang mudah untuk kami, tetapi kami berjaya mara.”

    Pochettino menambah, “Kami gembira dengan prestasi pasukan, sangat kukuh. Gol Mbappe adalah satu kelebihan. Dia adalah pemain terbaik di dunia.

    “Kami telah membuat sedikit perubahan pada separuh masa, termasuk menukar posisi pemain tengah. Ia membenarkan kami untuk lebih lancar dalam perlawanan bola ini.”

    Impian Vannes untuk menjulang piala lebih dengan pasukan itu turut berharap untuk membuat keraian selepas kerajaan Perancis hanya membenarkan 5,000 penonton pada aktiviti luar.

    Vanned telah berharap dengan penjualan sebanyak 9,600 tiket dan menurut presiden mereka, Maxime Ray akan rugi dari keuntungan AS$282,000.

    “Kami kehilangan keuntungan,” katanya.

    COVID-19 juga boleh membayangi pertembungan piala antara Lens dengan Lille hari ini dengan tujuh pemain dari pasukan pelawat disahkan positif.

    “Kami mempunyai empat kes COVID-19 yang mana sekarang meningkat kepada tujuh,” kata jurulatih Lille, Jocelyn Gourvennec, tanpa memberikan nama pemain.

    “Kami akan membuat ujian sekali lagi kepada semua pemain esok pagi (Selasa).”

    Insiden dron kelmarin adalah satu lagi siri masalah dalam liga bola sepak Perancis sejak permulaan musim 2021/22. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...