Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Hattan beri amaran kepada Hael

    Episod kelima program realiti terbitan TV3, Terpaling Juara yang disiarkan Ahad lalu, mengejutkan penonton apabila penyanyi ‘senior’, Rahmad Mega dan Shaz yang pernah diramal menjadi juara, diumumkan sebagai peserta paling corot.

    Tidak hairanlah, Rahmad dan Shaz yang diletakkan di bawah bimbingan ‘kapten’ Hael Husaini, ditegur juri yang mahukan mereka tampil lebih ‘wow’ dan mengubah imej ketika beraksi di pentas itu.

    Datuk Hattan berkata, Rahmad sebenarnya penyanyi rock yang hebat dan boleh membawa apa sahaja lagu diberi dalam tugasan.

    “Di pentas Terpaling Juara, saya hendak lihat sisi berbeza daripada Rahmad, bukannya persembahan yang boleh dijangkakan.

    “Kedudukan markah pada malam ini (Ahad lalu) adalah satu amaran kepada ‘kapten’ Hael untuk meneliti persembahan Rahmad dan Shaz.

    Hattan selaku juri profesional di program Terpaling Juara. – Agensi

    “Mereka perlu tonjol identiti sendiri dan bukan ikut cara penyanyi asal,” katanya.

    Mengulas cara Shaz menyanyikan lagu Kau Pun Sama, Hattan menasihatkan bakat baharu itu agar lebih yakin ketika beraksi.

    “Lagu ini ada elemen blues, jadi Shaz perlu sangat yakin dalam menyampaikan lagu ini.

    “Jangan teragak-agak dan perlu buat dengan betul,” katanya.

    Pandangan sama dilontarkan seorang lagi juri, Fauziah Latiff terhadap persembahan Rahmad dan Syaz.

    “Shaz dianggap penyanyi baharu yang berbakat. Suara dan intonasi Shaz baik.

    “Apabila Shaz perlu menari sambil menyanyi, Shaz harus memastikan dirinya menari lebih hebat berbanding penari dan tonjolkan diri sebagai superstar,” katanya.

    Pertarungan dalam Terpaling Juara semakin sengit. Episod kelima bertemakan vice versa menyaksikan Hazami, Rahmad, Aqmal, Aqeesh dan Shaz mempersembahkan lagu berlainan genre.

    Pada episod itu, Hazami sekali lagi memikat hati juri tetap dan penonton dengan lagu Terlalu Istimewa dendangan asal, Allahyarham Adibah Noor hingga muncul persembahan terbaik. – Agensi

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...