Haval H6 kini dengan reka bentuk ELEGAN

Oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 MEI – Dengan penggayaan elegen, bahagian dalaman yang estetik, reka bentuk Haval H6 serba baharu merupakan kenderaan elitis masa hadapan yang dibina dengan empat spesifikasi berbeza.

Ia didatangkan dengan model 2WD Pro dan Max serta 4WD Supreme dan Ultra.

Berjaya Sdn Bhd selaku pengedar sah tempatan telah memperkenalkan barisan tersebut kepada pengamal media pada acara pandu uji hari ini.

Pengamal media juga diberi peluang untuk menguji Haval Supreme untuk dipandu keluar dari ruang pameran Great Wall Motor (GWM) Brunei, seterusnya dilanjutkan dengan taklimat daripada wakil GWM kepada ahli media.

Mengguna pakai reka bentuk futuristik, canggih dan elegan yang sesuai untuk New Age Elitist, H6 menampilkan gril Avant-Garde di hadapan, lampu depan LED DRL, lampu belakang bersama jalur LED, dilengkapi rim Vortex bersaiz 19 inci dengan rekaan bergaya bagi menyerlahkan reka bentuk secara keseluruhan.

Antara kesemua ciri yang ada, dalaman estetik yang mengagumkan dilengkapi dengan paparan digital bertema 10.3 inci, infotainment 12.3 inci, Sistem Bunyi DTS 8.1 dan bahagian paling menarik ialah tombol anjakan gear berputar menggantikan anjakan gear
biasa yang terdapat pada kebanyakan kereta.

Daripada uji pandu tersebut, ahli media mendapat pengalaman baru mengenai prestasi H6 menukar gear daripada gear biasa kepada mod Sport, memberikan ulasan tinggi tentang pengendalian yang baik dan mod Fast Sport manakala pengalaman menaiki kenderaan yang lancar boleh dirasai pada mod biasa, bagi kenderaan 4WD eksekutif berkenaan.

Haval H6 serba baharu boleh didapati dalam warna Crystal Black, Atlantis Blue, Messiah Brown, Ayers Grey, Burgundy Red, Hamilton White dan SW Mint Green dan barisan ini tersedia untuk tontonan di bilik pameran GWM Brunei.

Haval H6 didatangkan dengan empat spesifikasi berbeza bagi pasaran Brunei.Bahagian dalaman kenderaan tersebut turut dilengkapi dengan ciri-ciri yang menarik.