Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    HAWA FC atasi HR FT

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 16 OGOS – Empat pasukan beradu di antara satu sama lain untuk meraih kemenangan pertama mereka dalam Liga Bola Sepak Daerah Belait 2022 yang bermula pada minggu lalu, dengan perlawanan terbaharu berlangsung di Padang Bola Sepak, Kelab Rekreasi Brunei Shell, baru-baru ini.

    Salah satu perlawanan yang diadakan menyaksikan persaingan sengit di antara Hoist FT dan Akhdan ST, dengan Awang Mohd Roslan Rosly daripada Hoist FT meledak gol pada minit ke-15 yang dibalas oleh Benedict Joeseph Layang dengan jaringan untuk Akhdan ST di penghujung perlawanan separuh masa pertama pada minit ke-38.

    Babak separuh masa kedua melihat Awang Zulfadhli Lamat daripada Hoist FT menjaringkan gol awal yang berjaya dipertahankan oleh mereka sehingga akhir perlawanan ketika gol saat-saat terakhir dijaringkan Awang Mohd Kafi Mohd Benny Boey daripada Akhdan ST, dengan perlawanan berakhir dengan keputusan seri 2-2.

    Sementara itu, perlawanan HAWA FC menentang HR FT bersifat satu pihak, di mana meskipun gol awal HR FT dalam masa empat minit selepas sepak mula oleh Awang Mohd Ghazi Haji Ismawi, ia adalah satu-satunya gol yang dijaringkan HR FT.

    HAWA FC seterusnya mencatat dua gol menerusi Awang Mohd Hisyamuddin Mohd Zaini dan Awang Mohd Haziq Syarqawie Mohd Izzat dalam separuh masa pertama, dengan satu lagi gol disumbangkan oleh Awang Abdul Halim Shawaludin dalam separuh masa kedua.

    Perlawanan berakhir dengan kemenangan HAWA FC 3-1.

    Liga Bola Sepak Daerah Belait 2022 merupakan acara tahunan anjuran Persatuan Bola Sepak Daerah Belait (PBDB), dan ia dijangka diteruskan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

    Maklumat lanjut mengenai kedudukan lapan pasukan yang mengambil bahagian serta jadual perlawanan akan datang boleh diperoleh di laman sosial media rasmi liga di Instagram @liga-belait.

    Aksi pemain semasa perlawanan antara pasukan Hoist FT dan Akhdan ST dalam Liga Bola Sepak Daerah Belait 2022 yang berlangsung di Padang Bola Sepak, Kelab Rekreasi Brunei Shell, baru-baru ini. – Gambar serahan Jeffery Jamaludin
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...