Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Hawa Rizwana hos baharu MeleTOP

    Setelah hampir tiga tahun pengunduran Neelofa daripada program hiburan popular, MeleTOP, kekosongan itu akihirnya diisi oleh Hawa Rizwana sebagai hos tetap bergandingan dengan Nabil Ahmad.

    Pengumuman tersebut telah dibuat secara langsung menerusi prgram MeleTOP pada malam Selasa, sekali gus menamatkan teka-teki ramai sebelum ini.

    Bagaimanapun dalam masa yang sama, ramai peminat sudah dapat menjangkakan personaliti yang mempunyai wajah seiras Neelofa itu akan mengisi kekosongan tersebut.

    Sejak Neelofa mengundurkan diri daripada program terbabit pada Disember 2019, MeleTOP tidak menemui hos tetap wanita sebagai pengganti, sebaliknya hanya menampilkan pengacara jemputan bersama Nabil setiap minggu.

    Antaranya selebriti yang pernah tampil termasuk Elly Mazlein, Sherry AlHadad, Uyaina Arshad dan lain-lain. – Agensi

    Hawa Rizwana bakal menggantikan Neelofa sebagai hos tetap bergandingan dengan Nabil Ahmad. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...