Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Hawaii Yee hadiri Kejohanan Dunia M4

    Oleh James Kon

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JAN – Setiausaha Agung Persatuan E-Sukan Brunei, Hawaii Yee baru-baru ini menghadiri Kejohanan Dunia M4 di Jakarta Indonesia, kejohanan e-sukan terakhir untuk Mobile Game Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) anjuran Moonton.

    Hawaii Yee telah dijemput oleh Moonton Games untuk menyaksikan Kejohanan Dunia MLBB, dan juga untuk menghadiri M Summit 2022 yang pertama.

    Pasukan Echo dari Filipina menewaskan rakan senegara dan juga juara bertahan, Blacklist International 4-0 di final. Ia merupakan paparan masterclass daripada Pasukan Echo ketika mereka bangkit daripada Lower Brackets selepas dikalahkan oleh Blacklist International beberapa hari sebelum final.

    “Saya mengucapkan terima kasih dan menghargai jemputan daripada Moonton Games untuk mengumpulkan kami semua daripada ahli Persekutuan E-Sukan Asia Tenggara bagi menghadiri acara berprestij ini,” jelas Hawaii Yee.

    “Ia merupakan kejuaraan yang luar biasa dan kami menyaksikan seorang lagi pemain muda naik ke pentas dunia apabila diberi peluang. Tahniah kepada Pasukan Echo kerana menjadi juara M4! Kami berharap suatu hari nanti kami dapat melihat pasukan Brunei mengambil bahagian dalam Kejohanan Dunia, menunjukkan apa yang boleh dilakukan oleh atlet kami di luar negara,” tambahnya.

    Sekali lagi beliau mengucapkan terima kasih kepada Moonton atas jemputan dan mengucapkan tahniah kerana menganjurkan acara ini dengan jayanya. Acara M5 seterusnya akan berlangsung di Filipina.

    Hawaii Yee semasa menghadiri Kejohanan Dunia M4 di Jakarta, Indonesia.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...