Hawks belasah Bucks, Young raih 42 mata

LOS ANGELES, 15 NOV – Trae Young menamatkan saingan dengan 42 mata dan 10 assist ketika Atlanta Hawks menyekat kekalahan enam perlawanan dengan menundukkan juara NBA, Milwaukee Bucks 120-100 kelmarin.

Young menjaringkan 16 daripada 26 dan membuat lapan jaringan tiga mata tertinggi dalam kerjayanya dalam permainan kedua berturut-turut dengan mata melebihi 30.

John Collins menjaringkan 16 daripada 19 matanya pada separuh masa kedua dan Clint Capela menambah 12 mata dan 13 rebound untuk Hawks, yang meningkat kepada 4-1 di gelanggang sendiri musim ini.

Giannis Antetokounmpo, yang kembali daripada tidak beraksi pada pertandingan Jumaat lalu akibat kecederaan buku lali, menjaringkan 26 mata tertinggi berpasukan dan memberikan enam assist untuk Bucks, yang tewas dua kali berturut-turut.

Jrue Holiday menambah 19 mata dan Grayson Allen menjaringkan 18 dalam kekalahan tersebut.

Milwaukee bermain tanpa Brook Lopez dan George Hill yang mengalami kecederaan belakang serta Khris Middleton yang berurusan dengan protokol COVID-19.

Di tempat lain, Anthony Davis menjaringkan 27 daripada 34 mata pada separuh masa pertama dan mempunyai 15 rebound ketika Los Angeles Lakers menewaskan San Antonion Spurs 114-106.

LeBron James terlepas perlawanan keenam berturut-turut untuk Lakers atas sebab kecederaan di bahagian abdomen. – AFP

Aksi pemain Atlanta Hawks, Trae Young membuat percubaan jaringan tiga mata dalam perlawanan menentang Milwaukee Bucks kelmarin. – AFP