Hawks, Knicks sahkan kedudukan playoff NBA

LOS ANGELES, 13 MEI – Los Angeles Lakers menggantungkan kain rentang Kejuaraan NBA 2020 kelmarin, kemudian mencatatkan kemenangan 124-122 ke atas Houston Rockets untuk menghidupkan peluang mara secara terus ke playoff 2021.

Atlanta Hawks meraih playoff pertama sejak 2016 dengan kemenangan 120-116 setelah bangkit dari ketinggalan ke atas Washington Wizards, dan New Yorks Knicks mengesahkan kedudukan playoff pertama sejak 2013 apabila Boston Celtics tewas 102-94 kepada Cleveland Cavaliers.

Tetapi musim NBA semakin pantas menuju ke penghujung pada Ahad, Lakers kekal berada di luar kedudukan enam teratas di Western Conference dan besar kemungkinan mara ke kejohanan play-in untuk pasukan menghuni kedudukan ketujuh sehingga ke-10 dalam setiap conference.

Pemain Lakers, Kyle Kuzma menjaringkan mata dengan perlawanan berbaki 6.9 saat, meletakkan Los Angeles di hadapan 123-122 setelah mereka terlepas sembilan mata berturut-turut untuk ketinggalan satu mata.

Penyerang Lakers, Wesley Matthews kemudian berjaya merampas bola dari pemain Houston, Kelly Olynyk semasa Rockets menguasai bola, dan Talen Horton-Tucker berjaya menjaringkan mata menerusi lontaran percuma.

Meskipun pemain bintang, LeBron James dan Anthony Davis disisihkan kerana kecederaan, Lakers tidak menjangkakan untuk menewaskan Rockets yang mencatatkan rekod terburuk di liga.

Sementara itu, pasukan yang mengesahkan kedudukan playoff di Western Conference, Portland dan Dallas, kedua-duanya turut mencatatkan kemenangan kelmarin, Portland membenam pendahulu liga, Utah Jazz 105-98 dan Dallas mengalahkan New Orleans Pelicans 125-107.

Luka Doncic menjaringkan 33 mata dengan lapan rebound dan lapan assist buat Mavericks, di mana kemenangan mereka telah menyingkirkan Pelicans dari saingan selepas musim.

Kristaps Porzings kembali dari kecederaan untuk menjaringkan 19 mata dalam 22 minit di atas gelanggang untuk Mavs. Selain itu, Portland, Damian Lillard menjaringkan 30 mata dan CJ McCollum mencatat 26 mata. – AFP

Aksi Andre Drummond cuba menjaringkan mata buat Los Angeles Lakers, baru-baru ini. – AP