Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Hawks lebih ‘berbisa’ dari Hornets

    LOS ANGELES, 14 APRIL – Trae Young menjaringkan 24 mata ketika Atlanta Hawks membelasah Charlotte Hornets 132-103 untuk mengekalkan harapan playoff mereka kelmarin.

    Mata penentuan daripada Young dan De’Andre Hunter pada suku ketiga perlawanan menyaksikan Hawks mengawal perlawanan menentang pasukan Charlotte yang telah kalah di Arena State Farm di Atlanta.

    Atlanta kini akan menentang Cleveland dalam pusingan akhir kejohanan play-in pada Jumaat, di mana tempat ke pusingan pertama playoff bagi Eastern Conference – menentang pasukan pilihan utama Miami akan menjadi rebutan.

    “Kami mencapai persefahaman tepat pada masanya dan inilah masa yang sesuai untuk menjalin kesefahaman tersebut,” kata Young selepas masa tamat. “Kami adalah pasukan yang bagus.”

    Selepas mendahului 60-52 pada separuh masa perlawanan, Atlanta berjaya melakar kemenangan dengan prestasi suku ketiga yang menakjubkan, mengatasi Hornets 42-24 dan mengejar untuk mendahului 26 mata pada satu peringkat.

    Aksi Trae Young melepasi pertahanan PJ Washington untuk cubaan menjaring semasa separuh masa perlawanan play-in NBA di antara Atlanta Hawks dan Charlotte Hornets. – AP

    Hunter dan Young bergabung untuk mendapatkan 30 mata tersebut pada suku ketiga, Hunter menjaringkan 16 dan Young menambah 14 mata, termasuk tiga dari luar lengkung gelanggang.

    Hunter menamatkan perlawanan dengan 22 mata apabila serangan Atlanta sekali lagi mengikat perkongsian mata jaringan.

    Enam orang pemain Atlanta menamatkan saingan dengan dua angka, dengan Danilo Gallinari meraih 18 mata, Clint Capela menyumbangkan 15 mata dan Kevin Huerter serta Bogdan Bogdanovic masing-masing menambah 13 mata.

    “Saya mengambil masa beberapa suku untuk meneruskannya, tetapi rakan sepasukan saya memberikan permainan yang hebat,” kata Young.

    “Kami mempunyai ramai pemain yang boleh bermain.

    “Kami telah mengalami banyak kecederaan pada tahun ini tetapi kami mempunyai ramai pemain yang boleh menggantikan dan bermain pada bila-bila masa sepanjang perlawanan,” tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...