Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Hayati dan amalkan nilai teras IBTE

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JAN – Para pelajar, pegawai dan kakitangan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) harus bersedia untuk menerima budaya dan suasana pengajaran dan pembelajaran di IBTE serta menjunjung tinggi nilai-nilai teras IBTE.

    Enam nilai teras IBTE berkenaan ialah kompetensi, integriti, kerja berpasukan, kolaboratif, inovatif dan kecemerlangan, tekan Pengarah Pendidikan Teknik dan Ketua Pegawai Eksekutif IBTE, Dr Haji Mohd Zamri bin Haji Sabli dalam ucapannya semasa Majlis Pembukaan Rasmi Minggu Suai Kenal Pengambilan Pelajar Baharu IBTE Sesi Januari 2022 yang berlangsung secara maya, hari ini.

    Beliau menerangkan lanjut mengenai enam nilai teras itu di mana kompetensi ialah berdedikasi untuk menjadi insan yang berkemahiran tinggi dalam bidang yang diceburi, integriti ialah teguh dalam mempertahankan prinsip, kerja berpasukan ialah cekal dalam menghadapi cabaran secara berpasukan, kolaboratif ialah bersedia untuk bekerjasama sesama sendiri dan dengan pihak berkepentingan, inovatif ialah bijak dan kreatif dalam membuat keputusan sera kecemerlangan ialah berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.

    “Keenam-enam nilai teras ini mestilah dihayati sebaik-baiknya dan diamalkan oleh setiap pelajar, pegawai dan kakitangan IBTE bagi memastikan keselarasan dalam setiap perkara yang kita lakukan,” tambah beliau.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...