Wednesday, December 4, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hayoung kongsi detik cabaran dalam kehidupan

    ANGGOTA kumpulan Playback iaitu Hayoung (gambar) yang semakin menjadi kegilaan peminat dunia seni Kpop mengakui pernah melalui saat-saat sukar sebelum mendapat perhatian.

    Hayoung yang menetap di Amerika Syarikat memberitahu pernah menjadi penterjemah bahasa Superstar K ketika kumpulan itu mengadakan persembahan di Los Angeles.

    “Ketika berada di Amerika Syarikat saya mengikuti beberapa uji bakat JYP Entertainment tetapi tidak berjaya,” ujarnya.

    Dalam pada itu, Hayoung berkata, selepas menyertai kumpulan Playback dia masih bergelut dengan hari-hari sukar kerana kumpulan tersebut belum dikenali.

    Dalam tempoh dua tahun, dia terpaksa bekerja sambilan sebagai guru bahasa Inggeris bagi mencari sumber pendapatan.

    “Saya terpaksa ambil kelas bahasa Inggeris untuk menampung kehidupan selain bekerja di pejabat.”

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda