Haystack Claude Monet bernilai AS$110.7 juta

New York, 15 Mei – Satu lukisan Claude Monet daripada siri “Meules” (Haystack) dijual dengan harga AS$110.7 juta di New York semalam dalam satu rekod pelelongan untuk pelukis agung impresionis Perancis itu.

Penjualan di Sotheby’s, kali pertama hasil lukisan yang telah dilelong sejak 1986, dijual dengan satu daripada 10 harga tertinggi yang pernah dilihat pada pelelongan.

Jumlah keseluruhan, yang termasuk bayaran dan komisen, adalah 44 kali lebih tinggi berbanding mana-mana rekod sebelum ini untuk hasil kerja tersebut.

Ia adalah kali pertama lukisan impresionis itu dijual dengan harga lebih daripada AS$100 juta. Monet melukis 25 komposisi “Meules” pada musim sejuk 1890-1891 di kediamannya di Giverny, di rantau Normandy, Perancis.

Dalam setiap lukisan, Monet menunjukkan cahaya dan persekitaran tempat yang sama tatkala mereka berubah pada masa yang berlainan, dengan musim yang berlainan dan juga jenis cuaca. Satu lagi lukisan daripada siri itu dijual pada November 2016 oleh firma pelelongan Christie’s di New York dengan harga AS$81.4 juta.

Lukisan yang dijual di Sotheby’s adalah antara yang paling terkenal dalam koleksi lukisan Monet. – AFP