Wednesday, February 19, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hazard kunci kecemerlangan Chelsea

    BOURNEMOUTH, 7 April – Thibaut Courtois percaya bahawa mengekalkan Eden Hazard adalah kunci bagi harapan Chelsea dalam pemburuan gelaran Liga Perdana.

    Hazard telah memastikan kepentingannya kepada skuad Antonio Conte dengan dua jaringan dalam kemenangan 2-1 ke atas Manchester City kelmarin, yang melonjakkan Chelsea selangkah lagi untuk merangkul gelaran liga menjelang kunjungan hujung minggu ini ke Bournemouth.

    Penyerang Belgium itu telah dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid, tetapi penjaga gol Chelsea, Courtois, rakan sepasukan dalam pasukan kebangsaan, mahu menyaksikan pemain berusia 26 tahun itu kekal di Stamford Bridge dan membawa kelab itu mencapai sasaran mereka seterusnya.

    Kegagalan untuk melayakkan diri dalam kejohanan Eropah musim lepas merupakan kegagalan besar bagi kelab itu dan mereka akan kembali dalam Liga Juara-Juara musim dengan azam baru untuk mencabar kelab-kelab besar di benua itu.

    “Eden merupakan antara pemain terbaik dunia. Chelsea mempunyai cita-cita untuk memenangi Liga Juara-Juara sekali lagi dan kerap bermain untuk memenangi gelaran,” kata Courtois.

    “Jika anda mahu melakukannya, anda memerlukan pemain-pemain besar dan dia jelasnya mempunyai peranan yang besar dalam usaha itu.”

    Kemenangan ke atas City telah mengekalkan kelebihan tujuh mata Chelsea ke atas pasukan tempat kedua Tottenham Hotspur dengan berbaki lapan perlawanan.

    Setelah mengalami kejutan menentang Crystal Palace minggu lepas, kemenangan ke atas City itu telah mengembalikan momentun Chelsea.

    Tetapi pemain pertahanan tengah Blues, Gary Cahill menegaskan mereka tidak akan leka ketika berkunjung ke Dean Court hujung minggu ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda