Wednesday, October 4, 2023
23 C
Brunei

    -

    HDC akan anjur persidangan WHBC di UK

    KUALA LUMPUR, 18 SEPT – Halal Development Corporation Bhd (HDC) akan menganjurkan Persidangan Perniagaan Halal Dunia (WHBC) tahunan ke-15 di London, United Kingdom (UK) pada 27 hingga 28 Oktober depan.

    Persidangan itu di jadual dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang akan diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

    Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hairol Ariffein Sahari berkata selepas 13 tahun menganjurkan persidangan itu di dalam negara, HDC memutuskan untuk membawa jenama tersebut ke luar Malaysia selepas berjaya menganjurkannya di Melbourne, Australia tahun lepas yang disertai lebih 300 peserta dari 40 negara.

    Pada acara itu, kerajaan negeri Selangor mengumumkan kerjasama strategik dengan Kerajaan Negeri Victoria, Australia, mengenai peluang pelaburan di Zon Ekonomi Halal Selangor, dengan nilai ekonomi lebih RM10 bilion.

    Acara ini juga menghasilkan lebih daripada 30 padanan perniagaan, melibatkan lebih daripada 30 syarikat dari Malaysia dan Australia. – Bernama

    Hairol Ariffein Sahari bersama Adrian Lau pada temu bual bersama wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) hari ini. –Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 mati dalam tempoh 24 jam di India

    NEW DELHI, 3 Oktober - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...