Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Heat, Mavericks tempah slot playoff

    LOS ANGELES, 31 MAC – Miami Heat bangkit untuk menumpaskan Boston Celtics 106-98 dan menempah tiket playoff NBA semalam.

    Dallas juga menjamin satu tempat playoff selepas Luka Doncic menjaringkan 35 mata dan memberikan 13 assist untuk memimpin Mavericks meraih kemenangan 120-112 ke atas Cleveland Cavaliers.

    Kekalahan Cavalier bermakna sama ada pendahulu Eastern Conference Heat atau Celtics akan terjamin satu tempat, dan perlawanan adalah sengit di Boston.

    Jimmy Butler menjaringkan 24 mata dan Kyle Lowry menambah 23 ketika Miami berakhir di tangga teratas dalam perlawanan yang memaparkan 16 pertukaan pemain utama.

    Bam Adebayo menamatkan perlawanan dengan 17 mata dan 12 rebound untuk Heat, yang menambah satu mata pendahuluan pada separuh masa untuk menjadikan 11 mata, tetapi menyusuli keputusan 83-79 semasa memasuki suku akhir.

    Aksi Jimmy Butler membawa bola sambil dikawal Derrick White semasa perlawanan di antara Miami Heat dan Boston Celtics di Boston pada 30 Mac 2022. – AP

    Jaylen Brown menjaringkan 28 mata dan merampas 10 rebound, sementara Jayson Tatum menambah 23 mata dan enam assist untuk Boston.

    Namun Celtics gagal menangkis serangan Miami, yang mendahului 102-96 dengan masa perlawanan berbaki 1:43.

    Tatum membalas dengan layup tetapi percubaan seterusnya dibatalkan kerana melaku faul dan Heat akhirnya menyempurnakan keputusan dengan beberapa siri lontaran bebas.

    “Kami benar-benar perlu mempertingkat momentum permainan dan melakukan usaha sedaya upaya,” kata jurulatih Heat Erik Spoelstra. “Mereka melancarkan serangan berterusan tanpa mengambil kira taktik awda.”

    Namun Spoelstra berkata perlawanan yang sengit itu adalah apa yang diperlukan pasukan sebagai persediaan untuk playoff.

    “Itulah sebabnya saya suka pemain mengalami corak permainan seumpama ini dalam musim tetap,” katanya. “Kami mencatat beberapa prestasi besar dalam proses itu.” – AFP

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...