Heboh! ‘Bilboard’ Giring mahu jadi Presiden Indonesia 2024

Bekas vokalis kumpulan Nidji, Giring yang aktif dalam kancah politik Indonesia bukan sesuatu yang baharu.

Giring yang menyertai Parti Solidaritas Indonesia (PSI) pernah mencalonkan diri sebagai wakil rakyat pada pilihan raya 2019 lalu.

Bagaimanapun, usahanya untuk duduk di kerusi parlimen masih gagal kerana tidak mencukupi jumlah undi.

Seperti dipetik Liputan6, undian yang diterima Giring Ganesha dari PSI terlalu rendah dan gagal mewakili suara rakyat.

Bagaimanapun, minggu ini, nama Giring kembali menjadi perbincangan di laman sosial apabila tersebar foto papan iklan yang bertulis ‘Giring Untuk Presiden 2024’.

Sementara itu, isteri penyanyi lagu Sang Mantan, Cyhthia Riza turut memuat naik di Instagram gambar papan iklan itu yang terletak di Jalan Cihampelas Bandung.

“Mohon doanya sis,” tulis Cynthia.

Sementara itu, rata-rata warganet memberi maklum balas negatif terhadap perkara itu dan meminta Giring untuk kembali ke dunia muzik.

“Ngeri… tidak usah ikut politik bang, fokus nyanyi saja,” tulis warganet. – Agensi

Papan iklan bertulis ‘Giring Untuk Presiden 2014’ dapat perhatian warganet. – Agensi